Sabtu, 23 Mac 2013

Manaf Mamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Manaf Mamat - Google Blog Search


gylergylerbola: <b>Manaf</b> Tidak Rasa Terpinggir

Posted: 20 Mar 2013 06:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Penyerang negara Manaf Mamat tidak mahu dibelenggu rasa terpinggir dengan menegaskan dia juga adalah kekuatan yang di miliki skuad negara terutama di jentera serangan. Jika jurulatih negara Datuk K. Rajagobal ...

teganuku: <b>Manaf Mamat</b> Setia Bersama Skuad Penyu

Posted: 12 Nov 2012 01:15 PM PST


Penyerang berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat berkata dia masih setia untuk bermain dengan skuad Penyu walaupun pernah dilamar pasukan lain.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata Terengganu adalah pasukan pertama yang diwakili dan telah melonjak namanya di persada bola sepak negara.

"Memang ada beberapa negeri memberi tawaran kepada saya, namun saya terpaksa menolak tawaran itu kerana hati saya masih kuat untuk bersama Terengganu.

"Lagipun saya masih mempuyai kontrak setahun lagi bersama skuad Penyu," kata bekas pemain kebangsaan ini.

Anak kelahiran Kampung Nibong mula menyertai skuad Terengganu sejak berumur 19 tahun.

<b>Manaf</b> idam Piala Malaysia | Terengganu Today

Posted: 04 Aug 2012 09:30 PM PDT

SELEPAS gagal dalam misi meletakkan pasukan Terengganu di kelompok tiga teratas saingan Liga Super, penyerang berbisa Skuad Penyu, Abdul Manaf Mamat menyimpan impian untuk mencipta rekod musim lalu beraksi dipentas final seterusnya mendakap piala berpresti itu.

Walaupun menyedari sukar untuk mencipta kejutan kerana terpaksa mengharungi aksi ranjau Kumpulan B bersama-sama juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan,  Kedah dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Manaf yakin kemampuan jurulatih, Peter Butler  serta rakan sepasukan.

Katanya, kegagalan untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lalu dan menamatkan saingan liga elit domestik di kelompok tiga teratas nyata memberi semangat baru bukan sahaja buat  dirinya malah kepada semua pemain untuk memburu slot ke final.

"Secara jujurnya, memang saya mengharapkan dapat membawa pulang Piala Malaysia di bumi Terengganu  ini selepas terlepas musim lalu dan saya yakin kami mampu melakukannya kali ini.

"Sebelum ini saya pernah merasai nikmat menjulang Piala FA pada musim lalu dan ingin mengulangi pengalaman itu bersama piala yang paling berperstij, Piala Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, jejaka yang bakal menyambut Aidilfitri kali pertama selepas bergelar suami ini optimis Terengganu mampu mengulangi kejayaan musim lalu biarpun tanpa mengunakan khidmat pemain pinjaman dengan mengekalkan pemain sedia ada dan pelapis daripada skuad Piala Presiden.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil untuk diulangi sekali lagi kerana semua pemain yang beraksi di pentas final musim lalu masih bersama pasukan dan menghargai kepercayaan yang diberikan pengendali skuad Penyu.

"Setiap jurulatih mempunyai cara mereka yang tersendiri dan saya hormati keputusan yang dibuat, malah bangga kerana  dia (Peter Bulter) memberi kepercayaan kepada pemain tempatan termasuk memberi pendedahan kepada skuad pelapis.

"Malah dengan dengan kemunculan semula beberapa pemain daripada skuad kebangsaan seperti Ashaari , Muslim dan Mohd Zubir sedikit sebanyak memantapkan lagi pasukan kali ini," katanya.

Sementara itu, Manaf mengakui persiapan bagi mengharungi saingan Piala Malaysia hujung bulan ini sedang giat dijalankan dengan sesi latihan  setiap petang dan bermula minggu depan skuad Penyu akan menjalani latihan insentif pada waktu malam.

"Sepanjang  bulan puasa  aktiviti sedikit terbatas dan latihan lebih menjurus kepada kecerdasan , kalau diikutkan memang tidak cukup (latihan) tetapi mulai Ahad ini kita akan 'push' balik kekuatan dan keserasian bersama pasukan.

"Insyallah dengan kerjasama semua pemain dan semangat yang berkobar-kobar untuk bangkit kembali mampu membawa pasukan Terengganu mengulangi kejayaan  ke pentas final sebagaimana musim lalu," katanya.

Ketika ditanya berhubung kecederaan pada buku lalinya, Manaf berkata, biarpun masih belum pulih sepenuhnya, namun menunjukkan perkembangan positif dan yakin mampu beraksi cemerlang sebagaimana sebelum ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Manaf Mamat

Copyright 2010 All Rights Reserved