KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) — Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat kembali cergas setelah direhatkan sementara selepas menjalani pembedahan di bahagian buku lali awal bulan lalu.
Pemain yang berusia 25 tahun itu bertekad akan memberikan aksi terbaik jika ketua jurulatih pasukan itu Peter Butler memberi peluang beraksi menentang pasukan T-Team, Jumaat ini.
Katanya beliau yakin mampu mempamerkan aksi kosisten berdasarkan kecederaan yang dialaminya semakin pulih dan kini kembali menjalani sesi latihan seperti biasa.
"Sebelum ini doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.
"Bagaimanapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina, selain turut diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Pro Duta FC, Sabtu lalu bagi menguji tahap kecergasan," katanya ketika dihubungi.
– BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan