Selasa, 18 September 2012

Manaf Mamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Manaf Mamat - Google Blog Search


<b>Manaf Mamat</b>: <b>Manaf Mamat</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 07:36 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rajagobal Panggil 27 Pemain, Rizal Fahmi, <b>Manaf Mamat</b> Dalam <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 01:05 AM PDT

Menjelang pertemuan menentang dua kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City, Persatuan Bolasepak Malaysia telah memanggil seramai 27 pemain untuk mendaftar diri di kem latihan skuad kebangsaan pada 16 Julai 2012.
Tiada kejutan disaksikan pada senarai pemain yang diumumkan, kecuali penyenaraian penyerang muda, Rozaimi Abdul Rahman yang sedikit mencuri tumpuan. Selain 27 pemain yang dipanggil melapor diri, 5 lagi pemain – Nasril Nourdin, Mazlizam Mohd, Rizal Fahmi Rosid, Gary Steven Robbat, dan Manaf Mamat pula diletakkan dalam senarai 'standby' sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana pemain yang sedia ada.
Amar Rohidan, Khyril Muhaimeen, Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Asrarudin Putra Omar, Bunyamin Omar, Safiq Rahim, Norazlan Razali (Selangor)
Shakir Ali, Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah, S.Kunanlan (N.Sembilan)
Khairul Fahmi, Shakir Shaari, Norsharul Idlan, S.Subramaniam (Kelantan)
Ashaari Shamsudin, Muslim Ahmad, Faizal Muhamad (Terengganu)
Azamudin Akil (Pahang), Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
Mahali Jasuli, Fadhli Shas (Harimau Muda)
Aidil Zafuan, Amiridzwan Taj, Azmi Muslim (ATM)
Safee Sali (Pelita Jaya), Yong Kuong Yong (Felda)

Abdul <b>Manaf Mamat</b> Kembali Cergas Untuk Bantu Skuad Penyu <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2012 04:29 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) — Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat kembali cergas setelah direhatkan sementara selepas menjalani pembedahan di bahagian buku lali awal bulan lalu.

Pemain yang berusia 25 tahun itu bertekad akan memberikan aksi terbaik jika ketua jurulatih pasukan itu Peter Butler memberi peluang beraksi menentang pasukan T-Team, Jumaat ini.

Katanya beliau yakin mampu mempamerkan aksi kosisten berdasarkan kecederaan yang dialaminya semakin pulih dan kini kembali menjalani sesi latihan seperti biasa.

"Sebelum ini doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.

"Bagaimanapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina, selain turut diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Pro Duta FC, Sabtu lalu bagi menguji tahap kecergasan," katanya ketika dihubungi.

– BERNAMA

Terangnya Bulan Purnama: Abdul <b>Manaf Mamat</b> ...

Posted: 20 Aug 2012 10:31 PM PDT

PENYERANG berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat bertekad menebus kekecewaan dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirai esok.
Menurut anak jati Kuala Terengganu itu, semangatnya memburu Piala Malaysia semakin membuak-buak selepas pasukan Penyu gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA dan menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super.

Katanya, kegagalan itu memberi semangat dan nafas baru bukan saja kepada dirinya malah semua pemain untuk memburu piala berprestij itu.
"Secara jujur saya harap berjaya mendakap dan membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu selepas 11 tahun kemarau menjulang piala itu.

"Tahun lalu saya pernah merasai nikmat menjulang Piala FA dan kini saya harap mengulanginya pada Piala Malaysia selepas kami gagal dalam saingan Liga Super dan Piala FA," katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun berkata, ia bukan satu tugas mudah kerana Terengganu diundi dalam kumpulan B bersama Kelantan, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Laluan kami dalam saingan Piala Malaysia sukar kerana berdepan juara Piala FA dan Liga Super (Kelantan) pada aksi pembuka tirai. Namun ia sedikitpun tidak melemahkan semangat pemain Terengganu," katanya.

Malah, Manaf serta rakan sepasukan yakin mampu membawa Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia dengan bimbingan ketua jurulatih Peter Butler.

Pemain kebangsaan itu juga optimis Terengganu mampu mengulangi kejayaan lalu walaupun tanpa khidmat pemain pinjaman sebaliknya mengekalkan pemain sedia ada serta pemain pelapis daripada skuad Piala Presiden.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Manaf Mamat

Copyright 2010 All Rights Reserved