Ahad, 22 Julai 2012

Manaf Mamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Manaf Mamat - Google Blog Search


<b>Manaf Mamat</b> kembali menyengat | Bola Malaya

Posted: 16 Jun 2012 06:23 AM PDT

805979_280_preview

June 16, 2012  

Terengganu berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan T-Team 3-0 dalam satu-satunya saingan Liga Super malam tadi.

Dua gol separuh pertama jaringan oleh Manaf Mamat yang telah kembali dari kecederaan dan gol ketiga oleh Hadi Yahya pasa separuh masa kedua telah memberikan tiga mata penuh kepada skuad Penyu.

Sejak perlawanan dimulakan, Terengganu terus mengasak dan mengambil peluang sepenuhnya untuk merobek pertahanan dan gawang T-Team.

Benteng pertahanan T-Team yang diterajui oleh Bojan Petric ternyata longgar tanpa kehadiran kapten mereka.

Gol pertama jaringan Manaf Mamat hasil hantaran oleh Hadi Yahya dari luar kotak penalti membangkitkan lagi semangat skuad Penyu.

Sementara itu T-Team turut berusaha mendapatkan gol penyamaan namun benteng pertahanan Terengganu menafikan peluang mereka.

Kombinasi Manaf dan Had terbukti berkesan sekali lagi apabila Manaf menjaringkan gol kedua melalui hantaran lintang dari Hadi yang seterusnya mengukuhkan kedudukan Terengganu yang menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 2-0.

Pada separuh masa kedua T-Team bangkit dan menguasai perlawanan dengan azam untuk mendapatkan gol namun peluang mereka berjaya ditepis Sharbini Allawee.

Dalam satu serang balas yang dilakukan oleh Terengganu, Hadi Yahya berjaya meletakkan namanya selaku penjaring gol malam tadi setelah membuat satu rembatan cantik sekali lagi menewaskan Iqbal Suhaimi untuk gol ketiga Terengganu. – espnstar.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Manaf Mamat

Copyright 2010 All Rights Reserved