Selasa, 8 Mei 2012

Manaf Mamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Manaf Mamat - Google Blog Search


Filem & Siri TV: Abdul <b>Manaf Mamat</b> Direhat Sementara Setelah <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 01:30 AM PDT

KUALA TERENGANU, 8 Mei (Bernama) -- Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat terpaksa direhatkan sementara setelah menjalani pembedahan di bahagian buku lali.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Pantai, Ampang, Selangor Sabtu lalu akibat kecederaan yang dialami selepas mengharungi beberapa perlawanan sebelum ini.

Abdul Manaf memberitahu Bernama kesan pembedahan mungkin memakan masa selama dua bulan sebelum dia dapat kembali beraksi seperti biasa.

"Doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.

"Bagaimapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina," katanya.

-- BERNAMA

Abdul <b>Manaf Mamat</b> Berkahwin | Media Serius

Posted: 09 Mar 2012 07:47 PM PST

Penyerang berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, menamatkan zaman bujangnya bersama, Sabihah Johan, 25, setelah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di rumah pengantin perempuan di Taman Perumahan Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu dekat sini ,semalam.

Abdul Manaf Mamat  berkahwin

Abdul Manaf segak berbaju Melayu perak manakala isterinya berkurung moden sedondong diraikan dalam majlis penuh sederhana yang dihadiri sanak saudara serta dimeriahkan dengan kehadiran pemain-pemain Terengganu termasuklah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh.

Manaf ketika ditemui, melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hatinya sejak di bangku sekolah itu akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya harap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan memberi saya semangat yang lebih kuat untuk membantu pasukan Terengganu memenangi perlawanan menentang Perak esok (hari ini) sebagai hadiah perkahwinan," katanya.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana impiannya untuk mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya yang telah dikenali sejak di bangku sekolah akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya hanya berdoa agar perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat dan berharap dapat membantu pasukan Terengganu memenangi perlawanan menentang Perak esok sebagai hadiah perkahwinan saya," katanya kepada pemberita.

Terengganu akan bertemu Perak dalam pusingan kedua kalah mati Piala FA bagi meneruskan cabaran ke separuh akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pukul 8.45 malam esok.

Abdul Manaf sebelum ini menjadi wira membantu pasukan skuad Terengganu dalam kempen pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) setelah menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An Selasa lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Manaf Mamat

Copyright 2010 All Rights Reserved