Jumaat, 20 April 2012

Manaf Mamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Manaf Mamat - Google Blog Search


Birdy Super Star Sport: (BAHAGIA BOLA) : ADBUL <b>MANAF MAMAT</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 07:45 AM PST

@~MAJLIS BERLANGSUNG HARI INI SIANG 
Tonggak penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, mengakhiri zamam bujang bersama pilihan hatinya hari ini.
Beliau yang juga pemain kebangsaan selamat diijab kabul bersama Sabihah Johan, 25, di rumah pengantin perempuan di Taman Perumahan Permint Jaya, Chendering di sini.
Majlis dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak serta pemain-pemain skuad Terengganu termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh.
Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana impiannya untuk mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya yang telah dikenali sejak di bangku sekolah akhirnya menjadi kenyataan.
"Saya hanya berdoa agar perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat dan berharap dapat membantu pasukan Terengganu memenangi perlawanan menentang Perak esok sebagai hadiah perkahwinan saya," katanya kepada pemberita.
Terengganu akan bertemu Perak dalam pusingan kedua kalah mati Piala FA bagi meneruskan cabaran ke separuh akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pukul 8.45 malam esok. 
Abdul Manaf sebelum ini menjadi wira membantu pasukan skuad Terengganu dalam kempen pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) setelah menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An Selasa lepas.

P/S : SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU..AMINN..~!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Manaf Mamat

Copyright 2010 All Rights Reserved