Manaf Mamat - Google Blog Search |
| Blog Rilek-Rilek: Betul Betul Sweet - Penyerang Terengganu, <b>Manaf</b> <b>...</b> Posted: 09 Mar 2012 11:14 PM PST Tanggal 9 Mac 2012, penyerang berbisa Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sabihah Johan, 25, di rumah pengantin perempuan di Taman Perumahan Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu. Manaf ketika ditemui, melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hatinya sejak di bangku sekolah itu akhirnya menjadi kenyataan. "Saya harap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan memberi saya semangat yang lebih kuat untuk membantu pasukan Terengganu memenangi perlawanan menentang Perak esok (hari ini) sebagai hadiah perkahwinan," katanya. Pasangan suami isteri ini juga dijadualkan berbulan madu selepas perlawanan tersebut. Abdul Manaf sebelum ini menjadi wira membantu pasukan skuad Terengganu dalam kempen pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) setelah menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An Selasa lepas. psst: Tahniah Manaf! Budok skoloh penulis ni... |
| You are subscribed to email updates from Manaf Mamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Manaf Mamat - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan