Menjelang pertemuan menentang dua kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City, Persatuan Bolasepak Malaysia telah memanggil seramai 27 pemain untuk mendaftar diri di kem latihan skuad kebangsaan pada 16 Julai 2012.
Tiada kejutan disaksikan pada senarai pemain yang diumumkan, kecuali penyenaraian penyerang muda, Rozaimi Abdul Rahman yang sedikit mencuri tumpuan. Selain 27 pemain yang dipanggil melapor diri, 5 lagi pemain – Nasril Nourdin, Mazlizam Mohd, Rizal Fahmi Rosid, Gary Steven Robbat, dan Manaf Mamat pula diletakkan dalam senarai 'standby' sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana pemain yang sedia ada.
Amar Rohidan, Khyril Muhaimeen, Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Asrarudin Putra Omar, Bunyamin Omar, Safiq Rahim, Norazlan Razali (Selangor)
Shakir Ali, Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah, S.Kunanlan (N.Sembilan)
Khairul Fahmi, Shakir Shaari, Norsharul Idlan, S.Subramaniam (Kelantan)
Ashaari Shamsudin, Muslim Ahmad, Faizal Muhamad (Terengganu)
Azamudin Akil (Pahang), Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
Mahali Jasuli, Fadhli Shas (Harimau Muda)
Aidil Zafuan, Amiridzwan Taj, Azmi Muslim (ATM)
Safee Sali (Pelita Jaya), Yong Kuong Yong (Felda)